Sunday, April 4, 2010

PARAH~

ALAMANDA, 4 April 2010 - Seorang gadis dan teman lelakinya telah berjalan-jalan sambil beremosi di Alamanda pada petang tadi. Dalam keadaan beremosi, gadis tersebut telah ke kedai Nichii lalu membeli kasut. Kasut tersebut telah dibayar oleh teman lelakinya dengan harapan untuk mengurangkan emosi pasangan tersebut.

Namun, keadaan bertukar menjadi lebih parah apabila gadis dan teman lelakinya EGO, tidak mahu mengalah dan masih mengekalkan situasi beremosi. Situasi tegang itu berlarutan sehingga kini. Pihak lelaki dan pihak gadis masih mencari jalan untuk berdamai.


Mangsa kejadian


Hari ini juga akan berlaku satu lagi peristiwa apabila pelakon utama ADNAN SEMPIT, SHAHEIZY SAM (entah tercalon entah idak die ni..hahaha) akan menjadi bintang paling popular ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN. Peminatnya yang merupakan seorang pelajar UKM bersungguh-sungguh mempertahankan pendiriannya bahawa SHAHEIZY SAM akan menjadi bintang paling popular.

Walau bagaimanapun, segala keputusan juri adalah muktamad dan diharapkan tiada sebarang ungkitan atau umpatan daripada mana-mana pihak, kata peminat beliau.

Wei, lu undi gua x? Gua menang gua belanja lu. OK?

No comments: