Monday, May 31, 2010

::SAMA COMEY::

Salam & Haloooo...

Today is the end of MAY..Tommorow is the first of JUN..
Ok stop merepek..hehe

Sebenarnye orang xde berita hari ni. So duk telek gambar2 anak MAMAZIA ni then terpk nk wat entry SAMA COMEY.. Sape yg sama comey dgn ZIA?? Cis..berani betul orang tu..
(Of cz la CIK BERITA..hahaha)

Xpercaye kiteorg sama comey??
Ha tgk pic ni.. Orang sertakan bukti skali tau.. Bukan men ckp je..(uolsss dengki la tuh..lalala)


Za..halalkn ak ambik gambar ZIA..hahah (2010)


Tarraaaa...ha..kan SAMA COMEY (1986)

Apakah anda semua sudah percaya?? Well...ckup la stakat ni org puji diri sendri k..hahaha
(Dak ni @ CIK BERITA mula merepek bile OTAK die JEM & BLUR)

Friday, May 28, 2010

::DITAG-->Nahas ko JUA..hahah::


Copy award ini di blog anda
(Blur dgn motif TAG ini & Award ini..hahah)


Buat ucapan dan perasaan anda kepada pemberi award ini
Selamat bercuti & selamat berbahagia & selamat menjamu selera & SELAMATlah semuanya
kepada AZUHA ZAMIN yang mmg suke TAG orang. (blanje aku wei sempena ucapan nih..haha-->perasaan sgt GEMBIRA jika AZUHA ZAMIN belanja makan di TOMY ROMAS..lalala)

Jawab soalan-soalan tag ini:-

1. apa yang bermain difikiran anda skang?
Shopping

2. apa nama samaran anda
Kaklong, Fizah, Pijah, C-Anggun & Sayang(HUMIT je pggl i begini)

3. berikan tiga orang yg anda sayang
Sayang2 ALLAH, Sayang2 IBU, Sayang2 AYAH, SAYANG SEMUANYA ^_^

4. panggilan untuk si dia
Abang, Lu, U

5. hadiah yg anda impikan dari seseorang yg istimewa
i- Handbeg Guess
ii- TV flat skrin Panasonic+ASTRO (hahaha)
iii- Cincin habib jewel-->ok sayang tau sayang mata duitan..lalala~
iv-Ciuman kasih sayang sewaktu akad nikah..ahaks..

6. blog mana yg anda suke lawati dan yg boleh dijadikan follower
Semua rakan bloggers saya
(yg rajin update heheh)-->Ayat ko jua..malas nk pk ayat baru

7. tagkan kepada rakan blogger anda
-TIADA-


::Tak Mungkin kerana SAYANG::

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dari ku
Tiada ruang dihati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana SAYANG
Cuma terganggu oleh persaan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada anda yang sedang berehat di rumah ataupun yang sedang bekerja pada cuti2 begini.. Make ur self happy ok.. No moody2..

Nak buat cam ne dik non, CIK BERITA pun kene kerja gak time cuti2 Malaysia ni. Anda baru saja dihiburkan dgn lagu TAK MUNGKIN KERANA SAYANG oleh Alya aka Lady Gaga MAlaysia gitu uolss...(macam dgr je lagu nih..hahah). Apepun nasihat CIK BERITA pada artis2 Malaysia nih, bio le jadi dri sndiri.. Cipta identiti sndri.. Xpayah ler nak tiru2 OM putih ni kn..


Ini couple mmg de identiti sndri..ohh..Kacaknye BradPitt..


Jika diteliti lirik lagu ni, agak2 ape yg anda semua fikir? PUTUS CINTA? KECEWA? RINDU PADA EX-BF? JIWA KACAU? Semua pun bole.. Yang penting, kumbang bkn seekor, bunga bkn sekutum..Walawei..Ini ayat bole pkai lg ke zaman ni?

Yang xpnah putus cinta, bagus la. Keep it up dan doa la supaya jodoh anda dipanjangkan, Amin.. Yang byk kali putus cinta?? huhuhu Agak2 la uolss.. Xkn asyik nk putus je.. Haippp..xbek kate "xde JODOH nk wat camne". Mcm meyalahkan takdir tu..


Ehem...Ni mcm xikhlas je pgg tgn uolss.. BEWARE..huhuhu


Cinta DATANG & PERGI tp CINTA pada YANG MAHA ESA tiada pergi2 ok..Sentiasa melekat dalam hati & jiwa anda.. InsyaAllah hidup anda akan diberkati..(ehem2..apakah hari Jumaat je ayat org berunsurkan kemuliaan..lalala~)

Oh, sebelum lupe.. CIK BERITA nk ucapkan TAHNIAH pada kawan2 yang akan berumah tangga bersalut emas. Antaranya-->MAZLIYANA (InsyaAllah CIK BERITA p ok), KAK IRA & ANA.

Baiklah, Sampai cni saja celoteh CIK BERITA, sebentar lagi CIK NUN akan menemai anda utk waktu seterusnya.. Daaaaaaa~

Notaexam-->Ok,CIK NUN dh muncul lg.. Sgt membimbangkan org.. Sape BELIAU??urmm


Masih menanti kehadiran HUMIT utk p dating..hahah

Tuesday, May 25, 2010

::HATI RISAU::


Urmmm..
Orang mula risau dan risau..
Kesian pada beliau,
kerana salah orang beliau menerima kesusahan..
~I'm sorry~

Notaexam--> Sori CIK BERITA xde mood hari ni nk laporkan berita.

Monday, May 24, 2010

::Eh Ah Eh Ah..Phewitt..::

Senggol-senggolan, cubit-cubitan

Aku bernyanyi kau petik gitar

Senandungkan cinta

Bunga berseri, kumbang menari

Asmara kita makin bersemi

Semoga abadi, semoga abadi, semoga abadi

Yuhuuuuuuuu...

CIK BERITA mmg suke dangdut uolsss...

K,cukup. Mari kita teruskan berita hari ini supaya berita tu x basi lagi busuk.


Lunch org. I mengidam uolsss..


Yang ni pun orang mengidam.. Ushhhh..sedap


Petang kelmarin seorng gadis dan adik-adiknya hampir terjerumus ke lembah pembaziran apabila mereka membeli belah di sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Ibu negara, MID VALLEY. Oleh kerana gadis tersebut mendapat HIDAYAH secara tiba-tiba, maka mereka adik beradik hanya membeli barang keperluan sahaja.


Inilah hasil dr En.Zainal & Pn. Sabariah..hahah


Mereka makan buat kali kedua ok


HUMIT-->sila ambil perhatian ye..


Adik kepada gadis tersebut, Ismail Zainal telah membeli barang keperluannya untuk menjalani kehidupan bujang di sebuah universiti terkemuka di Ibu negara juga, UNIVERSITI of MALAYA (bagi CIK BERITA, UKM tetap di hati..haha).

Keesokan harinya ( 23 Mei) gadis tersebut dan 2 orang adiknya (angah & kakyang) serta seorang rakan gadis itu telah menemani Ismail Zainal untuk mendaftar diri bg kursus Asasi Alam Bina. Oh..tidak lupa juga HUMIT pun menemai gadis tersebut..(heheh)


Inilah Ismail Zainal


Kami hanya possing anggun..


Gadis tersebut merangkap KAKLONG kpd Ismail Zainal berharap agar adiknye berjaya dalam pelajarannya dan tidak terpengaruh dgn anasir2 kemaksiatan di Kuala Lumpur...lalala~


Achik & Kaklong yang cantik..hahah-->suke ok puji dri sndri


Notaexam-->THANKS A LOT to KAK ILA & HUMIT sbb banyak tolong CIK BERITA.. Sila tepuk tgn utk mereka.. Yeahhhhh..(Apakah??heheh)


Wednesday, May 19, 2010

::RECODING-->RTM (dah rase cam DJ RTM dh..hahah)::

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Debaran dan cabaran. Itulah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang hadir untuk ujian amali bagi mendapatkan jawatan PENERBIT RANCANGAN B41 (gaji mantap ok..hahah). Namun, panas yang disangkakan berpanjangan, rupanya gerimis yang mengundang.-->nyanyi skit lagu Zamani Slam..


Ni baru separuh yang datang ye.. Separuh lagi xdatang lg.


Saien, classmate orang yang turut hadir..Cewahhh


Pelajar comey itu telah membuat persediaan yang cukup dan setelah memasuki bilik recoding RTM, beliau telah melakukan yang terbaik. REZEKI ada di mana-mana. Jika bernasib baik, beliau akan dipanggil utk menduduki exam bertulis pula. Jika tidak, beliau akan meneruskan pelajarannya tanpa kerja(waaaaaaaa..mane nk cari duit makan nih..). Apa yang membimbangkan pelajar comey itu adalah sewaktu beliau membaca berita, begitu laju sehingga pakcik komuter pun tabik spring dengan kelajuan tersebut. Berita Inggeris yang dibacanya telah bertukar kepada berita JERMAN..(hahaha..byk words yg dipronouns sgt teruk).


Malu dgn penilai, baca berita cam wat ucapan ala2 perdana menteri..hahah



But..it's ok..Orang akan berusaha utk masa2 yang akan datang..BERUSAHA!!!


Oleh itu, pelajar comey merangkap CIK BERITA COMEY hanya berdoa dan pasrah dengan keputusan juri. Ramai umat yang menghadiri ujian ni. Anggarannya adalah 400 orang HANYA DI KL saja. Belum lagi PERAK,JOHOR,PENANG,PAHANG, SABAH & lain2. Ramaikn?


Tettttttttt..sempat g posing dgn Azura DJ Muzik.fm, uolss knl x??lalala DJ Fizah msti uolss knl kn?kn?kn?

Tuesday, May 11, 2010

::CIK BERITA DITAG??OMG!!!-->Kecoh tul die nih..hahah::

Haloooooooo..
Arini CIK BERITA telah ditag oleh seorang isteri@jiran tetangga@geng CIK BERITA yang bernama MRS.SAM..

Yang baju putih ok.. bukan baju pink tu..hahaha jgn marah ye Jua..



TAJUK-->Perlu ke buh Aku dan Dia?? or Kami Kekasih??or Ye, Dia Saya Yang Punye?? haha

SIAPAKAH ANDA DI-RUMAH?
Kak Long yang garang tapi sangat cantik dan baik hati sebenarnye.

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Rakan bergosip sambil rakan yang RAJIN GILER balik hometown untuk gathering..hahaha
(Maaf kawan2 orang kini sgt BZ berkerja sambil belajar..cewahhh Bukan tidak mahu berjumpa)

LIMA (5) BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI??
* Suami yang penyayang dan xkedekut..(Perlu ok bile time shopping..haha)-->suami bende ke??
* BMW 5 Siries @ HONDA ACCORD
* Rumah teres 2 tingkat di BANGI@ PUTRAJAYA (RM500,000)
* BEG TANGAN PRADA DAN GUESS (RM1000 ke atas)
* JEANS LEVIS-5 helai..hahaha
*SET PERFUME + SK-II + SET MAKE UP JENAMA MAC-->tambah lagi satu bende yg diidamkan.. so jadi 6 hahaha

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
MOHD SALIHIN (InsyaAllah jika jodoh kami panjang)

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA
* Tak kedekut..hehe
* Suka puji orang comey and cantik..hahaha(jg hati awek wei..)
* Kelakar & baik hati serta sangat caring.. Abang, u r so sweet..huhuhu
*TIDAK MEROKOK..-->telah diluluskan oleh EN.ZAINAL ABIDIN..(boleh kawin..yeahhhh..hahah)
* DAN PALING PENTING-->HUMIT orang pandai mengaji dan solatnya sentiasa di jaga (rajin p surau) Alhamdullilah..

BILAKAH TARIKH ANDA COUPLE
1 MEI 2009 ^_^

APAKAH KENANGAN ANDA DENGAN PASANGAN ANDA?
Banyak, antaranya--> 1st dating kami pada 1 MEI 2009..hehehe

LAGU TEMA CINTA ANDA?
Agaknye lagu Puspa dari ST-12(Indonesian group)..heheh
Yang lirik die cam ni:
KAU GADISKU YANG CANTIK
CUBA LIHAT AKU DI SINI
DI SINI ADA AKU YANG CINTA PADAMU..
chorus:
JANGAN-JANGAN KAU MENOLAK CINTAKU..
JANGAN-JANGAN KAU RAGUKAN HATIKU..
(ok xpayah nk tulis lirik pjg2..malas)


APAKAH PERUBAHAN YANG INGIN LIHAT DARI PASANGAN ANDA?
Semoga HUMIT orang dimurahkan rezeki dan sihat selalu(perubahan gak ni kn??)

SILA JAWAB TAG:
1. MAMAFARA & HUBBY
Itu je kot..hahah

Sunday, May 9, 2010

::Macam Tunggu Turn nak Masuk Wad Bersalin::

PUTRAJAYA, 7Mei- Baru-baru ini seorang gadis yang bujang lagi menawan telah ke SPA untuk di interview. Menurut beliau, interview tersebut adalah untuk merebut jawatan Penolong Pegawai Penerangan (so jgn perasan, blum jd pegawai ok..haha). Oleh kerana beliau mempunyai satu perasaan yang xdapat di elakan, beliau telah terkentut beberapa kali kerana BERDEBOR-DEBOR jantung beliau.



Haaa..nampak byk kan no giliran..huhu


Inilah bilik yang CIK BERITA masuk..


Bagi gadis ini, perasaan itu seolah-olah menunggu giliran untuk beranak..(hahaha..CIK BERITA tergelak jap.. Sedang pk, macam mane ye rase nk beranak tuh..) Setelah no giliran dipanggil, beliau berkata, emosi dan fikiran beliau sedang bergelora dan beliau hanya sentiasa senyum bajet penginterview tu terpikat dgn beliau (tips yg bagus ok..senyum selalu).



Agak ramai tapi xla seramai manusia di Pasar malam Bangi..hahah


Sepajang kejadian tersebut, gadis itu bersyukur kerana TUAN dan PUAN (penginterview) sgt baik dan peramah serta soalan yang ditanya semua boleh dijawab..(yeahhhhhhhhh gembira cam dah beranak anak kembar..haha)



Smart kan orang.wiwiwi


Di sini, beliau telah mengemukakan tips-tips utk diinterview:

--> Pandai berlakon(time interview je ok)
--> SENYUM dengan penuh ikhlas
--> Pakai baju kurung kasut sarung hitam ok (bagi perempuan)
--> Pakai seluar slack,kemeja, tie dan berkot (bagi lelaki)
--> Jika tidak tahu untuk menjawab soalan yang ditanya, jangan kate "maaf saya tak tahu".. Tetttt compem korang gagal. Juz ckp, "Maaf tuan, saya kurang pasti tapi jika tuan nak tahu ttg aktiviti perdana menteri skang saya...."(bagi jawapan alternatif supaya penginterview tahu kita ade buat study mengenai isu semasa)
--> Jika kene marah or diperlekehkan oleh penginterview, jgn melenting atau membantah.. SENYUM saja. Tanda kita bukan kuat melawan & sombong.
--> Bila giliran dipanggil sila ketuk pintu terlebih dahulu, & tanya boleh masuk ke x.
--> Lepas tu bagi dokumen yang diminta sambil SENYUM
--> Kemudian klu suruh duduk, silalah korang duduk.
Klu penginterview xcakap ape2, tny boleh duduk ke x.
--> Sila panggil penginterview TUAN or PUAN ye..
--> Yang paling penting, jangan dtg lewat dan jgn gagap sewaktu menjawab soklan yg ditanya.
--> Perlu ade softskill yang hebat iaitu:
YAKIN, BERSUARA LANTANG & JELAS (bukan menjerit2 time jwb) dan MUKA COMEY..hahaha
--> Sekian itu sahaja.



MAK LONG saya mmg hebat kn?? Ikut la tips2 tu..hehe

P/S--> Thanx a lot to my sisters(cousin) KAK YANA & KAK LINDA cz help me in thiz interview..^_^