Sunday, August 15, 2010

::Bukak ape adik2..Ye..BUKAK POSE::

Salam Ramadhan dan Salam 1Malaysia.

UKM,Bangi 13 Ogos - Bazar Ramadhan di mana-mana kawasan pasti dipenuhi umat yang malas memasak bagi membolehkan juadah yang diingini dapat dibeli dan dinikmati sewaktu berbuka puasa. CIK BERITA juga tidak ketinggalan utk memantau kawasan bazar Bandar Baru Bangi berhampiran Shell (xingt r seksyen bape..hahah) bagi memperoleh juadah berbuka puasa.

Setelah selesai merempuh halangan umat manusia di bazar tersebut, akhirnya CIK BERITA berjaya membeli nasi lemak daun pisang + aym greng + air tebu + popia otak2 (hehehe). HUMIT plak tidak mahu membeli juadah lain melainkan nasi kerabu + air tebu.


Gambar sekadar hiasan..lalala

"Destinasi berbuka puasa telah pun dipilih dan secara sepakatnya, kami mahu berbuka puasa di CAFE KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM" kata CIK BERITA.

Namun begitu, tanpa disangka CIK BERITA bukan sahaja berbuka puasa bersama HUMIT tetapi kawan HUMIT turut berada bersama di kawasan berbuka puasa selepas ajakan HUMIT.. (Sabo jele..hahaha)

Terkejut melihat kawan HUMIT kerana wajahnya seiras BEEGO dalam cerita Puteri (muke je cam Beego tapi orang ulu tuh..Kuala Berang..hahahah HUMIT yg cakap ok.)



Serius, muke kwn Humit camni..Betul xtipu..

Setelah selesai berbuka puasa dengan juadah masing, CIK BERITA terus pulang ke bilik dan HUMIT serta Klon BEEGO pulang ke Puchong.


Ehem...Diambil sewaktu sebelum bulan RAMADHAN ok..

No comments: